Boost-Metabolism1-765x510

TIPS KURUS CEPAT & SIHAT: 7 JENIS MAKANAN UNTUK TINGKATKAN KADAR METABOLISME

MINUM AIR: Digalakkan supaya minum segelas air sebelum makan. Selain mampu menghilangkan dahaga, air juga boleh bertindak sebagai menghalang daripada pengambilan makanan berkalori tinggi.

EPAL: Selain daripada rendah kalori, serat yang terkandung di dalamnya mampu membuatkan kita kurus.

SAYURAN HIJAU: Sayuran berdaun hijau seperti bayam dan sebagainya, sangat kaya dengan serat dan juga kalsium yang mempunyai hubungan rapat dalam proses penurunan berat badan.

MAKANAN BERSUMBERKAN PROTEIN: Kepentingan protein semasa proses kurus ialah untuk membina otot.

BERAS PERANG: Dalam proses menguruskan badan, makanan berserat tinggi seperti beras perang, oatmeal, dan roti gandum sangat penting. Ia akan menyebabkan kita lebih cepat kenyang dan secara tak langsung kita boleh mengurangkan pengambilan makanan.

TEH HIJAU: Selain dapat meningkatkan kadar metabolisme, ia mengandungi antioksidan yang boleh mencegah penuaan.

MAKANAN PEDAS: Makanan seperti cili sangat membantu dalam meningkatkan kadar metabolisme. Ini disebabkan cili mengandungi kapsaisin yang boleh mempercepat proses metabolisme.

Boost-Metabolism1-765x510

TIPS KURUSKAN BADAN PALING HEBAT DENGAN DAUN DURIAN BELANDA

Yang kita tahu, cuma makan durian belanda yang sangat banyak khasiat itu dan sangat sedap tu!

Yang kita tak tahu, daun durian belanda sangat bagus untuk turunkan berat badan!

Kenapa daun durian belanda ini boleh bantu dalam proses diet? Sebabnya, daun tersebut boleh buat kita rasa kenyang dalam tempoh masa yang agak lama.Selain itu,boleh mengatasi rasa sakit-sakit badan dan asma, juga menurunkan tekanan darah tinggi, atasi diabetes/gula dalam darah dan menambah daya tahan tubuh.

Bahan-bahan yang diperlukan: 10 – 15 helai daun yang hijau, 2 gelas air. Boleh ditambah dengan daun salam dan madu

Cara buat: Cuci bersih daun durian belanda bersih dan potong kasar, rebus dengan 2 cawan gelas air dan biarkan mendidih hingga menjadi sekitar 1 gelas, sejukkan dan minum setiap 2 kali sehari.

PSTT: Daun durian belanda boleh dikeringkan dengan cara menjemurnya. Kemudian simpan dan boleh digunakan pada bila-bila masa kerana manfaatnya sama seperti daun durian belanda yang masih segar.

Boost-Metabolism1-765x510

10 JENIS BUAH-BUAHAN YANG BAIK UNTUK DIET YANG SEHAT DAN CEPAT

Sesiapa pun rasanya tahu, betapa buah-buahan itu sangat baik untuk kesihatan, terutamanya untuk yang dalam proses menguruskan badan. Selain itu, sarat juga dengan vitamin yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Tapi… perlu diingat yang bukan semua buah-buahan itu sesuai ya sebab kandungan di dalamnya yang berbeza.

Untuk kurus, buah-buahan yang dipilih itu mesti banyak serat dan zat yang boleh tingkatkan metabolisme, di samping rendah gula juga. Jom… kita tengok mana yang paling sesuai untuk pastikan impian nak pakai kebaya nyonya nanti tak jadi mimpi.

1. Epal

Kandungan yang terdapat pada buah epal sangat kaya dengan serat dan jumlah kalorinya cukup rendah. Selain itu, kandungan mineral dan vitaminnya setanding serat.

2. Pear

Kandungan serat yang ada pada buah pear sangat tinggi dan mampu menguruskan badan dengan cepat dan sihat. Selain itu, terdapat banyak potassium yang mampu menurunkan kolesterol jahat dalam badan dan sekali gus elok untuk jantung.

3. Pisang

Terdapat banyak manfaat pisang ni. Salah satu daripadanya, dapat kecikkan perut dengan cepat, di samping mampu atasi masalah pencernaan yang tak lancar.

4. Blueberry

Kandungan dalam blueberry mampu mengatasi kolesterol dan obesiti.

5. Strawberry

Strawberry mampu mendorong hormon yang berfungsi untuk membakar lemak pada tubuh serta meningkatkan metabolisme.

6. Kiwi

Kiwi mengandung serat yang sangat tinggi, di samping sangat sedap dan boleh dimakan kulitnya. Ia sangat baik untuk melancarkan proses melangsingkan badan kerana dapat membantu melancarkan proses pencernaan dan mudah mengenyangkan.

7. Limau Bali

Jumlah kalori yang terdapat pada jeruk bali cukup rendah dan memiliki serat yang tinggi serta sangat baik untuk menurunkan berat badan secara semua jadi. Boleh dimakan begitu saja atau dijadikan jus.  Kandungan air yang ada di dalamnya sangat mengenyangkan.

8.Kelapa

Kelapa memang tak asing bagi kita. Ia memiliki rasa manis dan sangat efektif dalam mengurangkan berat badan dan ramai yang tak tahu kenyataan ini. Boleh dijadikan sebagai menu dalam diet dengan cara jadikan minyak kelapa, diminum airnya dan tepung.

9. Limau

Kandungan vitamin dan zat yang ada pada limau sangat baik untuk meningkatkan daya tahan tubuh. Selain itu, sangat efektif dalam program diet sihat untuk menurunkan berat badan.

10. Betik

Pelbagai manfaat yang ada pada betik sangat baik bagi kesihatan tubuh serta untuk mengurangkan berat badan. Kandungan enzim yang ada di dalamnya sangat baik untuk proses pencernaan.

Yeah… itulah antara 10 jenis buah-buahan  yang sangat bagus diamalkan sepanjang proses mengecikkan badan yang besar. Selamat mencuba ya!

Boost-Metabolism1-765x510

8 JENIS JAJAN LEWAT MALAM YANG SIHAT DAN RENDAH LEMAK

Manusia dan makanan memang tak dapat dipisahkan. Kadang-kadang, celik aje mata dah mula fikir nak makan apa untuk sarapan. Belum pun pukul 12, dah terasa nak makan macam-macam untuk tengah hari. Malam lagi! Dan lebih haru, tengah-tengah malam pun kita masih terasa nak mengunyah sesuatu.

Ok, tak apa! Itu normal, tanda kita ni cuma manusia biasa. Tapi tak payah risau sangat. Ada jenis-jenis jajan yang boleh diambil sebelum tidur dan tak akan menyebabkan berat terus naik. Cumanya, kalau boleh ambilah sejam sebelum tidur dan makanan tersebut mesti kurang daripada 300 kalori. Antara jajan tersebut:

1.Bijirin

Kerana kandungan seratnya tinggi, bijirin boleh dijadikan jajan terbaik. Ini kerana bijirin mudah dicerna dan seterusnya dapat membuatkan rasa kenyang.

2. Oatmeal

Oat sangat berkhasiat. Malah boleh ditambah dengan buah-buahan dan susu.

3. Buah-buahan

Antara buah-buahan yang digalakkan ialah pisang, epal, pic, plum, ceri, anggur dan mangga. Kalau rajin, boleh diminum dalam bentuk jus.

4. Kekacang

Sumber tertinggi protein selepas bijirin. Ia befungsi untuk mengurangkan rasa lapar dan dan sumber Vitamin E. Antara yang digalakkan, badam, walnut dan pistachio.

5. Susu

Segelas susu badam amat baik untuk memulihkan tenaga dalam badan. Susu biasa juga boleh diambil.

6. Sayur-sayuran

Sayur-sayuran sangat kaya dengan vitamin, mineral, dan nutrien yang boleh digunakan oleh badan untuk penyembuhan khasiat.

7. Keju Cottage

Satu setengah cawan keju Cottage mengandungi 16 gm protein tetapi hanya mempunyai 102 kalori dan 2 gm lemak. Ia berbeza sama sekali dengan lain-lain jenis keju yang mengandungi banyak lemak. Boleh dicampurkan dengan buah-buahan atau makan dengan biskut oatmeal.

8. Ayam

Seperti yang kita maklum, protein tanpa lemak bukan sahaja baik untuk otot tetapi juga akan membuat rasa kenyang tanpa menambahkan berat badan. So, kalau lapar sebelum tidur boleh gril ayam dengan membuang kulitnya.

Nampak sedapkan 8 jenis jajan tu? Mudah pulak tu cara membuatnya. So… selamat mencuba!

Boost-Metabolism1-765x510

6 MINUMAN AJAIB UNTUK KURUS

Kurus itu susah! Ya… sesiapa pun tahu tentang itu. Tapi nak gemuk itu sangat senang tau. Cuma perlu makan, makan, makan dan makan terus tak kira masa. Lepas tu, sedar-sedar… aduhai, baju dah tak muat kat badan, seluar jeans ketat kat paha, kain dah tak boleh nak zip & rasa mengah setiap kali berjalan dan bila berdiri lama, kebas kaki berhari-hari. Lagi haru, dalam jangka masa yang panjang, datang macam-macam penyakit yang kita tak jangka.

Duduk diam, pejam mata rapat-rapat sambil tanya kat diri, ini ke yang aku nak dalam hidup?

Tak dan tak sama sekali!

Dan kalau itu jawapannya, sesuatu perlu dilakukan sebab mencegah itu lebih mudah daripada mengubati. So… mari amalkan 6 jenis minuman ajaib ini. Jangan risau sebab sangat sedap dan lazat!

1.Madu dan limau nipis/lemon

Tahukah anda, bahan-bahan ini selain boleh menguatkan daya tahan tubuh, sangat berkhasiat untuk menurunkan berat badan.  Sebabnya, dalam madu ada karbohidrat. Sedangkan limau nipis/lemon mampu melancarkan pencernaan dan bila pencernaan berjalan lancar, proses pembakaran lemak juga akan sangat lancar. Manakala vitamin di dalamnya berfungsi sebagai antioksidan yang secara tidak langsung dapat membersihkan saluran pencernaan.

Cara membuat air ajaib ini: 1 sudu besar madu + limau nipis/lemon + segelas air hangat. Minum setiap hari!

2.Madu dan kayu manis

Tahukah anda, rasa manis pada madu itu tidak akan menaikkan kandungan gula dalam darah. Sedangkan kayu manis merupakan salah satu rempah yang dapat meningkatkan kadar insulin dan mencegah daripada menjadi lemak. Kayu manis juga dapat mengurangkan rasa lapar.

Cara membuat air ajaib ini: Air dingin supaya nutrisinya tidak hilang kerana suhu panas + madu asil + setengah batang kayu manis.

3.Teh hijau

Zat yang terkandung dalam teh ini telah terbukti  dapat meningkatkan proses pembakaran lemak hingga membantu menurunkan berat badan. Jika diambil 3 kali sehari, berat akan turun secara perlahan-lahan terutamanya pada bahagian perut. Kandungan antioksidannya juga tingg. Kulit akan kelihatan lebih sihat.

4.Halia

Halia mampu menstabilkan kadar lemak, kolesterol dan gula dalam darah dan seterusnya boleh mengurangkan rasa lapar.

Cara membuat air ajaib ini: Kisar beberapa hiris halia dan jika hendak manis, tambah sedikit madu.

5.Jus nanas

Nanas memiliki kandungan serat yang sangat tinggi hingga dan secara tidak langsung mampu membuat kita rasa lebih kenyang dalam tempoh yang agak lama. Bahkan, mampu melancarkan proses pencernaan.

Cara membuat air ajaib ini: Nanas + halia + yogurt

6.Jus epal

Seperti yang kita sedia maklum, epal memang terkenal berkhasiat untuk menurunkan berat badan. Epal memiliki kandungan serat yang sangat tinggi dan ini melancarkan  pencernaan dalam tubuh sehingga lemak tak dapat berkumpul di perut. Nutrisi di dalamnya, dapat menurunkan kadar kolesterol jahat, di samping dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan dapat membuat kita berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama dibandingkan makanan lainnya.

Cara membuat air ajaib ini: Epal + limau + saderi.  Campurkan 5 hiris epal berukuran sederhana, 2 biji limau, dan 2 tangkai daun saderi. Blender hingga halus.

PSTTT: Minim air ajaib ni plus senam & walawei… tak lama lagi bolehlah sama-sama pakai kebaya nyonya. Selamat mencuba!

Boost-Metabolism1-765x510

5 JENIS TUMBUH-TUMBUHAN UNTUK KURUS

Antara tumbuh-tumbuhan yang sangat hebat dalam membantu mengecilkan anggota yang besar ialah asam keping (garcinia cambogia), kaktus Afrika Selatan (hoodia), halia (ginger), biji kopi hijau (green coffee) dan rozel (rosella) yang bertujuan untuk melangsingkan tubuh. Kenapa tumbuh-tumbuhan tersebut dikatakan hebat? Nak tahu, kenalah baca sampai habis!

GARCINIA CAMBOGIA
• merawat masalah perut buncit
• menghalang pembentukan lemak asid (Sintesis lipid)
• membakar lemak

HOODIA
• memperbaiki metabolisme tubuh badan
• membantu mengawal selera makan

GINGER
• mengurangkan masalah angin dalam badan sekali gus membuatkan badan menjadi ringan
• melancarkan peredaran darah

GREEN COFFEE
• membantu membakar lemak ekstrak
• membantu diabetes
• membantu melembapkan kulit
• meningkatkan sistem kekebalan tubuh

ROSELLA
• menurunkan kadar kolesterol badan
• meningkatkan stamina
• sumber antioksidan yang tinggi

VITAMIN C
• mempercepatkan kadar penyembuhan pada permukaan kulit yang luka
• mematikan pigmen hitam dan melicinkan kulit
• menghalang pembentukan jeragat
• melembutkan kulit
• mematikan sel-sel lama dan memperbaharui sel baru